Isu JAIS Dan Gereja : Khalid Tidak Bijak

Assalamualaikum,
1)-Tindakan segera memohon maaf bagi pihak kerajaan Negeri Selangor sebelum mengetahui buah butir serta belum membaca hasil penyiasatan yang dibuat oleh JAIS jelas menunjukkan betapa Tan Sri Khalid Ibrahim selaku MB Selangor tidak tahu membedzakan serta tidak bijak didalam menangani kemelut yang sedang berlaku hasil tindakan serbuan yang yg telah dibuat boleh JAIS Keatas sebuah Gereja di Damansara Utama.
2)-Tan Sri Khalid dengan mudah terperangkap oleh tektik” divide and rule” pecah dan perintah musuh-musuh Islam yang mahu melihat Umat Islam sentiasa bercakaran dan bertentangan pendapat didalam menangani sesuatu isu yang timbul.Atas alasan apakah maka Tan Sri Khalid telah bertindak sebegitu rupa sedangkan lapuran siasatan terperinci daripada JAIS seperti yang beliau arahkan belumpun sempat dibuat.
3)-Saya  berpendapat,Isu pokok yang sepatutnya diambil perhatian berat disini ialah mengenai aduan yang telah diterima oleh JAIS mengenai  kegiatan dan aktiviti penyebaran agama lain dikalangan Umat Islam serta usaha untuk memurtadkan umat Islam digereja tersebut.Jika ini benar maka ternyata ianya bertentangan dengan Perkara  11 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan agama lain bebas untuk diamalkan tetapi tidak membenarkan agama lain itu diajar atau disebarluaskan kepada umat Islam.
4)-JAIS Sebagai sebuah ajensi yang berada dibawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor maka Tan Sri Khalid selaku MB dannketua kepada ajensi-ajensi tersebut sepatutnya amat maklum dan faham bahawa JAIS hanyalah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan tak sepatutnya beliau selaku ketua Kerajaan dlm Negeri Selangor secepat kilat terus  melompat dan memohon maaf pada Pastor Daniel Ho seolah-olah JAIS sudah dihukum bersalah dan berdosa kerana melaksanakan tugas yg telah diamanahkan menjaga kepentingan Islam dan Umat Islam di Negeri Selangor.
5)- Tan Sri Khalid juga selaku MB yang beragama Islam gagal untuk melihat bahawa Isu yang seharusnya beliau tekankan ialah kenapa dalam Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini ada 12 orang umat Islam berada diGereja tersebut?.Sedangkan Dalam Bulan yang mulia ini  Umat Islam adalah digalakkan untuk beriktikaf di Rumah-rumah Allah.Apa punca dan apakah faktor yang telah mendorong mereka bertindak sedemikian.Kaji secara mendalam faktor penolak dan faktor pendorong yang telah menyebabkan keadaan itu berlaku.
6)-Tan Sri Khalid sepatutnya Kena siasat maklumat yang mengatakan ada lebeh kurang 100 orang ibu-ibu tunggal yang telah dikesan menjadi pengunjung tetap Gereja tersebut.Kesemua mereka dikatakan terpikat dengan bantuan dan pertolongan yang telah diberikan oleh pihak Gereja bagi mengatasi masalah kewangan dan kesukaran untuk hidup seharian.Dari maklumat yang kita dapati ibu-ibu tunggal tersebut telah sekian lama menghadiri upacara dan majlis-majlis keagamaan di Gereja cuma belum sampai ketahap memohon untuk menukar status agama pada mykard mereka sahaja lagi.Ini adalah sebagai sebahagian daripada syarat-syarat yang mesti mereka patuhi untuk memboleh dan melayakkan mereka terus menerima bantuan tersebut.
7) Saya  juga ingin bertanya Mana perginya ajensi-ajensi dibawah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang sepatutnya berfungsi dan berperanan  untuk membantu ibu-ibu tunggal dengan bantuan bulanan serta lain-lain bantuan seperti bantuan kepada anak-anak yang belum sekolah,anak-anak yang belajar di TADIKA,anak-anak yang dihantar ke pusat-pusat jagaan kanak-kanak serta pelbagai lagi bantuan yang dijanjikan seperti yang termaktub dalam manifesto PR sewaktu berkempen dalam PRU ke 12 yang lalu..kalau ikut apa yang tertera dalam manifesto tersebut maka dinegeri Selangor tidak akan ada ibu tunggal yang terpaksa merempat,merintih dan sampai mengemis serta mengadu hal kepada pihak Gereja untuk membantu mereka.Perkasa menuntut agar Tan Sri Khalid dan seluruh kepimpinan PR di Selangor membaca semula manifesto tersebut dan dimanakah perlaksanaannya kerana rakyat di Selangor dah lama menuntut dan menanti- nantikan janji tersebut.
8)-Saya  ingin bertanya kepada Tan Sri Khalid tak cukup kah dulu Dr Hasan Ali selaku Exco Agama diarahkan meminta maaf kepada Rohnie Liu atas sokongan beliau apabila PBT/MBSA merampas arak yang dijual secara berleluasa dikedai-kedai dan ditempat yang majoritinya adalah umat Islam? malahan pada ketika itundengan angkuhnya Rohnie Liu telah mengarahkan agar arak yang dirampas itu dipulangkan semula kepada tuan punya asal kedai tempat arak itu dirampas.Satu tamparan hebat kepada maruah umat Islam.
9)-Insiden kali ini lebih tragis lagi kerana MB sendiri yang terus meminta maaf walaupun belum nyata JAIS bersalah.Yang jelas kepada rakyat ialah tindakan Tan Sri Khalid itu lebeh bermotifkan untuk menjaga dan mengambil hati pengundi-pengundi bukan Islam khususnya penganut Agama Kristian dan juga tunduk kepada kritikan dan kenyataan pedas yang dikeluarkan oleh Kepimpinan DAP khususnya Lim Kit Siang yang dengan tegas menyatakan tindakan Dr Hasan Ali tersebut tidak “toe the line” iaitu tidak ikut dasar PR.
10)-Saya  juga merasa amat terkilan kerana PAS yang selama ini mendabik dada mengetakan hanya mereka lah sahaja yang boleh diharapkan untuk mempertahan dan memperjuangkan Islam di Malaysia turut sama membuat kecaman serta mengkambing hitamkan Dr Hasan Ali dan JAIS sebelum sama-sama menunggu lapuran siasatan yang dibuat oleh JAIS.Sudah terang lagikan bersuluh bahawa semua ulasan dan tindakan yang dibuat oleh kedua-dua parti PAS mahupun PKR adalah mengutamakan kepentingan dan keuntungan atau milage politik mengatasi Islam dan Umat Islam.Dalam erti kata lain kesemua pemimpin PAS atau PKR terus melompat dan menari ikut gendang dan gaya yang dibuat oleh DAP….Kesimpulannya Islam tenggelam ditengah-tengah hiruk pikuk pencacai-pencacai politik yang hanyalah bermatlamatkan untuk mempettahankan kuasa,kuasa dan kuasa….

Ruslan Kassim

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana