Dah habis modal kot...timbul pula cerita ada pihak dalam UMNO desak Najib letak jawatan

altBiasanya jika ada benda-benda yang agak ‘over sensasi’pasti ia dapat dihidu dulu oleh kalangan wartawan.
Sebab itu ada yang membuat liputan sidang akhbar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur pagi Khamis tertanya sesama sendiri bila hal seperti ini berbangkit.
Apa yang didakwanya agak mengejutkan.Apa tidaknya..beliau kata kini ada gerakan dalam UMNO sendiri mahu menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Alasannya Najib dan isteri Datuk Seri Romah Mansor sudah jadi liabiliti kepada UMNO dan peluang BN menang dalam pilihanraya umum akan datang akan terjejas jika beliau kekal jadi Perdana Menteri.
Beliau membuat dakwaan itu ketika mendakwa cerita Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah nak dilantik jadi Ketua Pembangkang ganti Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah helah UMNO untuk alih isu kononnya ada gerakan mahu menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri.
Dugaan awal ia tidak lebih dari perang saraf PAS untuk bikin kecoh dalam UMNO menerusi dakwaan itu.
Dalam pada itu Mustapha juga dipercayai ‘ pakai borong’ saja dakwaan mengenai kisah itu yang disiarkan oleh sebuah laman blog pembangkang.
Blog itu mendakwa kononnya Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat UMNO (PENAWAR)telah membuat desakan Najib letak jawatan dalam mesyuaratnya baru-baru ini.
Hal ini juga mengejutkan Presiden Penawar,Tan Sri Aziz Shamsudin bekas menteri dan bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini mendorongnya memanggil satu sidang akhbar di Kuala Lumpur petang Khamis dimana Aziz menafikan bahawa pihaknya ada mendesak Najib meletak jawatan seperti yang dinyatakan dalam sebuah blog.
"Kita berasa kesal bila ada pihak yang menyatakan PENAWAR membuat keputusan supaya beliau turun dan ini tidak betul kerana kami menghormati Perlembagaan dan juga rasa tanggungjawab kepada Umno," katanya.
Abdul Aziz berkata penubuhan PENAWAR dibuat pada 14 Dis 2009 dengan tujuan menyokong kerajaan yang ada kerana ia telah memberi banyak khidmat dan keuntungan kepada seluruh warga negara ini.
"PENAWAR datang dengan hasrat memberi pandangan dan menyokong Perdana Menteri supaya beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik," katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan dakwaan Mustapha itu telah mencetuskan reaksi kalangan pemimpin UMNO yang menyifatkan PAS ketandusan isu hingga hendak fitnah najib dan UMNO.
Pengerusi Tetap UUMNO Datuk Badruddin Amiruldin berkata berkata dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang dibuatnya pada satu sidang akhbar Khamis menunjukkan parti itu sengaja mengadakan isu itu bagi mewujudkan suasana berpecah-belah dalam kalangan anggota UMNO yang kini mantap menyokong Najib.
"Bagaimana seorang presiden parti (Najib) boleh menjadi liabiliti kepada parti yang semakin bagus prestasinya?" katanya.

Badruddin berkata UMNO adalah parti yang paling kukuh yang mana setiap anggotanya sentiasa taat kepada kepimpinan parti.
"Dalam UMNO tiada sikap berpuak-puak dan saya minta beliau (Mustafa) jaga mulut di bulan Ramadan ini dan tidak melakukan fitnah," katanya.
Badruddin juga berkata Najib sangat memberi perhatian kepada rakyat "dan sekarang kita tengok bukan sahaja anggota Umno yang menyokongnya, bahkan rakyat juga menyokong Barisan Nasional."
"PAS ini sengaja nak mereka-reka isu," katanya.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata dakwaan PAS itu merupakan mainan politik kotor pembangkang yang cuba melemah dan memecah belahkan anggota Umno.
"Ini adalah perkara yang tidak benar. Matlamat mereka adalah untuk melaga-lagakan anggota BN dan juga Umno.
"Perdana Menteri bukanlah liabiliti. Ini dah dibuktikan menerusi beberapa pilihan raya kecil yang nyata BN berjaya," katanya kepada Bernama.
Shafie berkata Umno kini berada di landasan yang betul dalam usaha mengembalikan sokongan rakyat

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana