Posts

Showing posts from March, 2010

Ramai lagi pemimpin PKR akan keluar parti

KULIM 14 Mac – Sekurang-kurangnya 10 lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan negeri-negeri lain didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini. ADUN Lunas (Bebas), Mohd. Radzhi Salleh berkata, beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini. Beliau berkata, pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada anggota, penyokong parti dan orang ramai. Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Parlimen Kulim/Bandar Baharu di sini hari ini, Mohd. Radzhi berkata, beliau sendiri akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat ini. Mengenai dakwaan kalangan pemimpin pembangkang bahawa tindakan beliau itu adalah kerana telah dibeli oleh UMNO,